Selasa, 23 Ogos 2011

136 - Lama tak menulis

Saya sudah tidak menulis buat satu masa yang agak lama. Biasanya sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan menulis di blog ini. Tapi bulan lepas selain dari agak serabut, kerja juga agak banyak untuk dikerjakan. Lagipun apalah yang hendak ditulis, nak ditulis tentang isu semasa melambak-lambak lagi ditulis di laman-laman yang lain.

Jadi untuk ramadhan yang masih berbaki ini saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan selamat menghabiskan saki baki ramadhan yang makin meninggalkan kita. Moga kita akan menjadi kita yang lebih baik di ramadhan ini berbanding ramadhan yang sebelumnya.




Tiada ulasan: