Isnin, 14 Mac 2011

134 - Dalam haiwan punya manusia

Sebagaimana dijanjikan saya akan bercerita tentang kepandaian saya dalam menerka sifat haiwan seseorang. Nah! saya pasti kamu kini sedang merasa takjub yang amat sangat akan kepandaian saya ini. Pastinya sudah ada yang berkira-kira mahu membina periuk atau teko gergasi untuk pertubuhan kerohanian buat saya... Itu tidak perlu.

Sesungguhnya saya ini memang magis orangnya. Ya! Masakan tidak! telah berapa puluh guru saya berguru demi meningkatkan lagi kemagisan saya ini. Tak perlu terlalu lama, dengan selintas lalu saya boleh memastikan sifat haiwan apa yang ada pada kamu.

Mahu tahu caranya? Mudah saja, di sini akan saya perturunkan sedikit buat bekalan kamu di hari-hari mendatang.

Sekiranya kamu disuruh berbuat sesuatu kerja dan kamu mengelak dan memberikannya kepada orang lain maka kamu adalah babi. Jika sesudah siapnya kerja tersebut kamu dengan bangganya menjunjung hasil kerja tersebut kepada kepala kerja kamu persis kamu yang menjayakannya maka kamu adalah babi.

Andai ada juga kerja yang kamu perlakukan tapi kemudiannya terdapat sesuatu kesalahan terjadi terhadap pekerjaan itu. Kamu dengan niat melepaskan diri dengan mudah terus menuduh manusia lainnya maka kamu adalah babi. Manusia lain itu kita namakan kambing hitam.

Sekiranya kamu selalu menghilangkan diri di pejabat sewaktu kepala kerja bercuti itu adalah hak periuk nasi kamu. Tapi bila sekembalinya kepala kerja kamu ke meja rezeki, kamu menebarkan pelbagai cerita mengenai jiran lain di pejabat tentang betapa malasnya si polan bekerja, betapa kuatnya dia melayari internet sedangkan kamu juga sama maka apakah jawapannya tuan-tuan? Ya! kamu adalah babi! ... Sudah pandai kamu sekarang.

Kita cuba lagi... Selepas kamu menaburkan pelbagai cerita-cerita buruk mengenai jiran kamu sehingga jiran kamu dianggap hina dan kamu dengan muka tak tahu malu tersenyum bagai tiada apa yang terjadi malah tanpa basa basi kamu ngajak hepi hepi maka apakah jawabnya? Ya! kamu adalah babi.

Ahhhh.... Cukuplah sehingga di sini... kalau diperturunkan segala ilmu magis yang ada pada saya nanti tiadalah lagi peluang untuk saya menunjuk-nunjuk akan betapa hebatnya akan diri saya ini.

Tiada ulasan: