Di Pantai Dalam yang amat popular sekarang itu tempat saya bermain sedari kecil. Majoritinya orang melayu dengan sedikit taburan bangsa cina. Setiap pagi orang di masjid itu akan memulakan membaca quran dengan kuatnya sepuluh atau limabelas minit sebelum azan. Inilah yang mengganggu penduduk yang tidak islam. Kalaupun bukan islam mungkin ada sekeliling itu orang tua yang uzur, anak yang baru lahir atau orang yang sedang dalam kesakitan yang perlu berlapang-lapang. Kita perlu berfikiran jauh. Mungkin ada diantara kita yang berkerja sepanjang malam dam waktu tersebut adalah waktu rehatnya dan sudah barang tentu mereka akan marah jika diganggu. Mana baiknya islam jika saban hari dimarah dan dibenci orang?Kamu sering berbangga berbuat entah dianjurkan islam atau tidak kerana merasakan yang tuhan di pihak kamu tanpa menyedari kadangkala kamu lebih banyak membawa buruk dari baik kedalam agama suci islam. Dan kamu biasanya lebih melayu dari islam.
Kemudian bila ada yang marah dan tulis-tulis surat kepada Mamanda Menteri kamu jadi marah. Yang dia dah memanglah jahil tak dapat bezakan mana satu mengaji dan mana satu azan bila dah panjang benar. Mula kamu melenting di sana-sini. Nak bakarlah, nak kerat leherlah dan macam-macam lagi kata-kata yang menunjukkan kononnya betapa besarnya kote kamu dan berapa kecilnya otak dalam tempurung tengkorak kamu.
Hari ini kebanyakan bangsa di tanah melayu merasa kurang senang dengan bangsa melayu kerana sikap bangsa melayu itu sendiri.
Tambahan pula kononya mereka mempunyai tempat berlindung yang katanya dipanggil PEKIMAK. Tetapi kita semua tahu yang melayu begitulah, sekadar tampal logo di kereta tanda ahli. Kemudian hangguk-hangguk, kenyit-kenyit, kod rahsia konon, konon tanda tahu polan itu anggota kumpulan mereka. Merompak dan membunuh mereka tidak. Mencuri hak dan membahagi kekayaan sesama sendiri adalah kegiatan utama mereka. Dan sehabis jahatnya kumpulan samseng mereka ada memukul orang mengacau adik perempuan mereka atau sahabat mereka. Kebanyakkan mereka adalah amat bodoh, ayahanda dan bondanya.
Sikit lagi... Masjid yang banyak juga tidak membenarkan musafir tidur di dalamnya kerana bagi kebanyakkan AJK Masjid, bangunan itu adalah milik peribadi datuk nenek mereka maka sebab itu dikunci.
Berbalik semula… Kemudian bangsa yang lagi satu itupun memohon maaf dan ketika ini kelihatanlah betapa kecilnya kote kamu dengan mudah memaafkan ‘ketelanjuran’ lepas kamu bercakap berdegar-degar dengan 10 deklarasi bagaimana nak mengajar si dia yang kamu konon tak suka. Tahu cakap besar di kalangan-kalangan kamu saja. Bila berdepan terus lembik. Buat malu saja.
Lain kali bolehlah orang lain injak lagi kepala bapak kamu lepas meminta maaf saja. Harrkkhhtuih!
4 ulasan:
harkkhhhttuiihhh!!!
phewww .. lepas gian nk tinggal kn komen kot blog sbb tiba2 rasa rindu nk blogging smule .. ahahaha
Ada saya peduli?
awk mmg x pnah kisah .. ada sy peduli awk x peduli?
haaarrrkkttuuiihh!!
Saya tau awak dah ada pakwe... terkecuali 'Harrrhhhtuih', ngape ayat kat atas macam dialog cerita Yusop Haslam ni?
Saya fikir lepas ni musti blog awak akan dipenuhi kisah cinta bertajuk Daku dan Yamin.
Catat Ulasan