Selasa, 21 Disember 2010

126 - Melayu mahu bisnis

Berniaga bermakna mencari mati bagi melayu. Jika kamu melayu dan kamu katakan saja bahwa kamu mahu berhenti kerja dan cuba-cuba hendak berniaga maka bersedialah untuk menerima pelbagai caci maki.

Jangan terkejut kalau mak bapak kamu tiba-tiba menunggu di depan rumah dengan bomoh pawang nak menghalau setan yang merasuk kamu.

Dapat pula kalau ada sedara mara kamu yang kerja gomen. Apa lagi yang nak dicari di luar sana? Dalam gomen sakit pening dijaga, duit masuk saban bulan dan peduli apa kamu kerja rajin atau tidak. Sama saja hasilnya. Dah tua-tua besok duit pencen tentu kamu tak ada.

Makna berniaga adalah ada pejabat besar, ada bilik sendiri, ada sekretari dan karpet tebal hingga tenggelam tapak kaki. Selain dari itu bukan meniaga namanya. Kalau kamu menjual dari internet atau meniaga di tepi jalan, kamu tak jauh dari peminta sedekah.

Jika kamu gagal sekali bermakna kamu cuma ada dua pilihan: Pertama, cari kerja makan gaji; kedua, bunuh diri.

Bangkit dan cuba lagi tanpa kenal putus asa? Kamu gila!

Tiada ulasan: