Khamis, 15 April 2010

112 - Igauan-igauan indah enak mentertawakan mimpi

Menjadi satu kepantangan bagi saya bila pengkhianatan berlaku pada buku-buku saya. Mahu pula kalau buku yang dikhianati itu adalah buku kesayangan saya. Lebih parah lagi pabila semua buku-buku yang dipunyai saya adalah buku-buku kesayangan saya. Ngerti?

Keputusan membeli sesebuah buku adalah sama dengan teruna yang nak masuk meminang anak orang. Pertama, kena kenal. Kedua, jatuh cinta. Ketiga, akan dihantar rombongan merisik. Jika tiada aral menegak maka keempat akan dihantar rombongan meminang dan seterusnya berkahwin InsyaAllah. Tidak! Tidaklah susah sangat macam Kak Aja memilih calon suami. Kalau guna cara itu sampai sekarang saya tak membaca satu apa pun. Hahahaha....

Begitu juga saya, walau selalu saya membeli buku akan tetapi buku yang dibeli akan saya pastikan berbaloi untuk saya membaca. Ada yang sudah berkali-kali saya lawati di petak kedai buku tapi tidak juga dibeli-beli. Biasanya buku tersebut akan saya beli setelah beberapa helai saya selak beberapa ketika.

Ada juga yang dihadiahkan orang, misalnya buku Masuk Barisan yang dihadiahkan oleh Abang saya diwaktu saya melawat beliau di Gunung Semanggol. Bukan saja istimewanya kerna dihadiahkan Abang saya, lebih menjadikannya hadiah yang hebat kerna setahu saya buku tersebut adalah cetakan terhad. Sekiranya kamu tidak sempat memiliki buku tersebut sila rasa menyesal.

Dengan sebab demikianlah bila buku tersebut hilang saya merasa begitu kesal sekali. Hilangnya di pejabat. Yang anihnya tak ada pula yang mengaku ada mengambil buku tersebut.

LEBIH ANIH! Setelah sebulan, pagi tadi secara misterinya buku itu muncul di rak buku di pejabat saya.


2 ulasan:

hajarss berkata...

dh kenapa sy plak dijadikn cth???

sulfuric^acid berkata...

mesti x gunakan saya sbb kerinduan akan saya kan.....