Isnin, 1 Mac 2010

106 - Merasa diri lemah seolah tak bernyawa

Apalah yang ada pada nama? Itu kata Shakespeare. Namun kalau kamu ditakdirkan tak bernama, dapat kamu bayangkan betapa susahnya hidup kamu? Kerna gilakan nama jugalah manusia sanggup menganiaya sesama sendiri, semuanya kerna nama.

Dalam perkara nama ini orang melayu adalah yang paling handal dalam bab menamakan orang. Kalau kamu balik ke kampong Abah saya di Kampong Gajah, banyak nama-nama yang pelik yang kamu bakal dengar. Tok penghulu kampong itu yang terdahulu namanya Mat Herot yang selepas dari itu diganti dengan saudara sebelah abah saya, Yop Ya Janggut.

Ada kawan abah saya yang dinamakan Mat Kelicap ntah tak tahu dari mana asalnya nama tersebut. Abah saya juga ada yang senama dengannya di kampong merangkap kawan baiknya yakni Lin Monen. Lin Monen ni mendapat nama lantaran mengikut ceritanya kerna lahir di awal pagi (morning), namun tak pastilah pulak saya kalau-kalau abah saya lahirnya di belah petang pulak kerna tak ada pula yang memanggil abah saya dengan nama Lin Evening. Kata Abah namanya yang unik tu diberikan oleh Imam kampong ketika beliau lahir dan nama imam itu adalah Imam Lin!

Che Ros di Kampong Gajah sebaliknya adalah ipar kepada Abah saya merangkap bapa saudara kepada saya. Namanya agak masyhur pada orang yang minat berbomoh-bomohan hingga ke Kuala Lumpur ada yang menyebut namanya pada saya. Jangan ada pula yang menyangka Che Ros itu seorang perempuan.

Waktu saya bersekolah dulu, saya duduk seasrama dengan mereka yang mempunyai gelaran seperti Syahrul Token, Azli Toron, Kerul Bangla, Apek, Amat Yengki dan Mr. Bean. Amat Yengki dan Mr. Bean pernah dibelasah dek Senior kami di SMP bernama Mail Spender kerana gila talaknya Mail Spender pada seorang pelajar perempuan yang setingkatan dengan kami. Disebabkan pelajar perempuan tersebut tidak punya gelaran maka tidak perlulah saya sebutkan namanya di entri ini. Errr... sebelum saya terlupa, Amat Yengki juga dikenali sebagai Amat Kicap di sesetengah tempat. Dan kebanyakan mereka yang bernama Amat atau Mat selalu menjadi mangsa untuk disusuli gelaran-gelaran selanjutnya seperti Mat Gelap, Mat juling, Mat Temberang dan lain-lain Mat lebih-lebih lagi jika ada lebih dari satu Mat yang kamu kenali.

Naik ke dunia kampus juga tidak ada banyak benda yang berubah, di sana saya bertemu dengan Amin Beruang, Sidek Jackie Chan dan Bob. Bob? Nama tu tak pelik buat kamu? Kamu yang tinggal di Sijangkang takkan berjumpa dengan Bob yang saya kenal kerna di mana-mana tempat lain di dunia ini kecuali di UiTM dia dikenali dengan nama Abbe Zyeid. Kami di bilik 1414 itu yang mengubah namanya begitu.

5 ulasan:

Super Nia Hana berkata...

bob=Abbe Zyeid

mmg wtaahsi kenal sgt!

dulu watahsi selalu kena pggil

'ina katun

or ina jepun.

sebab?
watashi bersin jek,semua org gelak

sulfuric^acid berkata...

tapi,yg bergelaran 'K*A*G' tu mmg hensem orangnyer seperingatan sayer......cam chinese look agaknyer.....perlu di stalker selalau.....chef recommended.....

Matrix01 berkata...

Hana,
Hahahaha.... Gelak besar saya membaca... lupa pulak kamu sekelas...

Saya ter'miss' kawan kamu Ina Che Ci dengan Shah Gersang...

SA,
Owh... betul lah! baru perasan, memang serupa dengan yang slalu makan babi tu.... Hahahaha!!!

hajarss berkata...

bob jenguk kain kah???

Matrix01 berkata...

Ya betul, Bob Jenguk Kain... Itu gelaran dia di pejabat ini...