Jumaat, 13 November 2009

93 - Brakilogi

i.

Setiap suami walau betapa senget pun adalah kacak bagi isteri… atas dasar yang samalah maka ramai isteri yang merasakan suami mereka berpotensi besar berbini baru… kalau tak berbini baru pun gamaknya ada perempuan lain di luar... macamlah laki kamu tu kaya dan kacak seperti saya...

Isteri kekadang lupa bahwa suami mereka hari ini adalah suami yang sama di akhirat esok... Tak kan lari ke mana pun dia dah kalau kamu hidup mati bersama... lainlah kalau kamu terkinja-kinja nak berkahwin lain lepas laki kamu mati... Hari pertama suami mati meleleh-leleh air mata... cukup habis edah meleleh-leleh pulak air liur nak berlaki baru...

Jika suami kamu kata dia kena balik lambat sebab bekerja maka ada baiknya kamu percaya saja... bukan rugi sesen pun... Lebih bangang bila ada bini yang memaki suami sekembalinya suami dari bekerja... jauh sekali kamu menghidang air... dalam penat-penat tu kamu maki pula lagi... Cerah benar masa depan kamu...

Bukan sepanjang masa laki kamu boleh berkepit dengan kamu... macam kata saya tadi suami kamu di dunia ini adalah suami kamu di syurga juga nanti... di dunia ni kena bekerja nak buat menyumbat mulut kamu... bukannya tiap hari sibuk suruh mengira berapa banyak bilangan bulu di badan kamu... di syurga nanti kamu berkepit lah sampai bila-bila.... jangan katakan mengira... silap hari bulan setiap bulu di badan kamu akan dinamanya nanti...


ii.

Rupa-rupanya sudah genap empat tahun saya berblog... Banyak yang nak dikatakan tapi sedikit pula masa yang ada... penulis blog datang dan pergi... Agak banyak juga yang saya abadikan... Bila sudah tiada lagi yang mahu diperkatakan nanti mungkin saya akan berhenti... setidak-tidaknya mengingatkan saya pernah ke sini...

7 ulasan:

hajarss berkata...

sy slalu marah suami sy klau dia balik lmbt..

Hassan berkata...

Sebut bab Shurga ....
Aku teringat juga hal neraka .
Dalam keindahan dan kepahitan kehidupan , semoga aku tak lupa ada Shurga dan Neraka ....

Matrix01 berkata...

Hajarss,
Kamu ada ciri-ciri queen control...

Grandmaster,
Bersamalah kita tak lupa...

Super Nia Hana berkata...

hajars dah kawen?

Matrix01 berkata...

Ehhh... takkan kamu tak tahu???

Super Nia Hana berkata...

tak!!

hajarss berkata...

eh? saya blum kawen yer?? lupe.. sy igtkan sy dah bersuami..