Jumaat, 28 Ogos 2009

86 - Lencun

Sekiranya bumbung di rumah kamu bersambung dengan bumbung surau dan cuma ada satu dinding pemisah diantara ruang tamu rumah kamu dan ruang sembahyang di surau sebelah, tidak akan sampai kamu ke surau itu tanpa hidayah dari tuhan...

Bagi yang minum arak dan kemudiannya kamu ditangkap dan dihukum sebat pula kemudiannya maka redhalah kerna tuhan masih sayangkan kamu... Namun jika ada antara kamu yang mempertikaikan hukum tuhan dan memandai-mandai membuat hukum sendiri tanpa ilmu yang betul maka kamu adalah babi...

Selain dari di atas, bernikah lebih dari satu adalah satu dosa di Tanah Melayu... Pantang tujuh keturunan perempuan melayu dimadukan... Jika kamu kurang percaya buka sahaja majalah mingguan wanita yang setebal 120 muka surat dan kamu akan faham maksud saya...

Bernikah lagi satu selepas menceraikan isteri pertama dan kemudian senyum lebar hingga ke telinga setelah usai majlis bernikah adalah sungguh babi bagi sesetengah kaum isteri yang lain... Sesetengah isteri itu terlupa bahwa walau sebatang duri sekalipun yang tertikam di jari kaki adalah atas izin tuhan... inikan pula sesuatu yang meremukkan hati... Errr... itu bukan saya cakap tapi Pengerusi Persatuan Rela Dimadu SeTanah Melayu atau singkatannya PRDSTM yang kata begitu... Namun tidak kira manusia mana yang berkata, mempertikaikan kata-kata tuhan mencerahkan masa depan kamu untuk ke neraka...

Bercerita tentang syurga pula... Ustaz-ustazah ketika di sekolah agama dahulu selalu bercerita tentang betapa halalnya arak setibanya di syurga nanti... di dunia ini meminum arak adalah amat-amat dimurkai oleh tuhan... Bersubhah sekali pun haram hukumnya... Namun tidak pernah pula kita mendengar ustaz-ustaz bercerita tentang betapa enaknya babi panggang di syurga nanti... Terfikir juga saya samada peminum-peminum arak yang haram itu adakah juga memakan babi???

Akhir sekali, sekiranya kamu membaca entri kali ini tika di siang hari di bulan Ramdan maka bacalah di dalam hati kerna menyebut Babi di siang hari boleh mengurangkan pahala... terkecuali Selsema Babi...

4 ulasan:

Super Nia Hana berkata...

eheehheeh..
kamu pengkias dan pemikir yg baik

hajarss berkata...

jgn dipuji lebey2 akakku.. hehhee

Matrix01 berkata...

Hana,
Saya lebih suka perkataan 'Hebat'... tapi 'baik' pun boleh juga...

Kenapa blog kamu tak boleh dikunjungi lagi???

Hajarss,
Orang yang hebat-hebat memang biasa dihasad dengki... saya faham...

Hassan berkata...

ok ......
hihihi.........