Syahrul Token ni dahulunya gengster yang agak terkenal keganasannya di sekolah... kalau setakat terkena bedalan rotan Cikgu Ghani masa di sekolah dulu dikira biasa saja... Cakap saja apa jenis kejahatan yang budak sekolah akhir kurun ke 20 dulu tak buat... semua ada pada Syahrul Token... Merogol??? errr... takde... Buang anak??? errr... takde... Bunuh Cikgu??? Errr... tak jugak.... Ahhhh... tu bukan aktiviti budak jahat akhir kurun ke 20... kami ni jenis jahat yang beriman...
Dapat pulak masa di Tingkatan 4 kami join masuk asrama... Kamilah jaguh yang sentiasa berperang dengan Senior Tingkatan 5 masa tu... Semangat silat pun tebal juga... Yelah... masa tu senior Tingkatan 5 tu kebanyakkannya Silat Gayong dan kami ni dari Silat Kuntau... Maka teballah lagi keasabiahannya...
Tahun 1997, masa zaman tu kumpulan kami terdiri dari Razalee Adam, Mat Yengki, Mr. Bean , Toron dan beberapa lagi kutu yang jugak huru-hara...
Masuk tahun 1998, Syahrul Token dah berubah jadi agak baik... disebabkan kami saja senior yang ada masa di tingkatan 5 maka kami dilantik menjadi AJK Asrama... Warden kami Ustaz Husin masa tu dah tak ada pilihan lain... Hantu pun hantulah!
Syahrul Token dilantik jadi Ketua Asrama... dan asrama memang jadi sungguh aman pada waktu itu... tiada kes memberontak... tiada kes pelajar diliwat... Pada peringkat awal pemerintahan kami adalah juga satu dua kes pengganas... Selain dari dikurniakan tuhan wajah yang kacak kami juga dianugerahkan bakat dan kepandaian menguruskan pelajar-pelajar yang keras ini...
Kami panggil sahaja ke Bilik Dorm kami yang Eksklusif itu... Biasanya selepas keluar dari Bilik Dorm kami, mereka akan terus menjadi sangat baik dan berdisiplin... Hasil dari kegiatan disiplin kami itu membuatkan teknik-teknik tendangan dan tumbukan kami di dalam silat kuntau selepas itu semakin handal...
Pesalah-pesalah kecil, kami berikan latihan matematik mengira jumlah jubin di lantai atau kepingan siling di bilik prep sampai jam 11 malam... Kekadang saya terfikir yang mungkin atas sumpahan mereka-mereka itulah maka saya menjadi seorang QS pada hari ini... Akan tetapi dengan bakat kami itu jugalah maka asrama menjadi sangat aman...
Selepas sekolah... Syahrul Token masuk UTM ambil akauntan... tapi lepas graduasi dia masuk polis... maka jadilah dia inspektor polis dan bertugas di Sabah sehingga sekarang... Akhir sekali saya bersua muka dengan dia ketika akad nikah beliau di Batu Pahat...
Setelah empat tahun tidak bersua muka... baru-baru ini dia menelepon saya... katanya dia di Sri Sentosa, Jln Klang Lama... Sesegera mungkin saya bergegas ke sana... melilau saya mencari di kawasan itu yang ketika itu penuh dengan pembeli-pembeli tiket nombor saham neraka di Da Ma Chai... rupanya dia ada di kedai kuda... ceh! masih begitu lagi...
Selesai dia berkuda kami ke kedai mamak berdekatan... Barulah boleh berbual... dan kami berbual kembali perkara lama... mengemaskini cerita tentang kawan-kawan di sekolah lama... Ada yang dah berkahwin... ada yang menyambung pengajian di serenti... ramai yang berjaya juga...
Token: Kau bawak kereta apa sekarang Wan?
wbl: Aku bawak kereta proton aje lah... Sokong industri negara.... Tapi Si Toron sekarang dah bawak kereta Mercedes kau tau!
Token: Wah! kau biar bebenar? Takkan dia yang kacang hantu lagi otak udang tu boleh bawak mercedes?
wbl: Ngape pulak yang tak bolehnya? Dia keje drebar...

2 ulasan:
ahahaha.. bangang
hmmm..ada sesetengah perkara,org susah nk berobahh
Catat Ulasan