Selasa, 23 September 2008

49 - Ulang

44 - Jelang

Satu tradisi rakyat tanah melayu bagi menyambut kegembiraan berhari raya dengan cara bersedih… biasanya pada malam-malam sebelum hari raya kita akan disogokkan dengan pelbagai drama-drama linangan air mata versi hari raya… dengarkan juga bait-bait lagu yang berkumandang mengenai kisah laki tak balik raya, anak yang jauh di perantauan dan orang miskin yang tak mampu nak berbaju raya… semuanya bertemakan kesedihan… aneh, kita bersedih untuk gembira…

Demi menyambung tradisi itu maka saya juga ingin berkongsi satu cerita sedih…

Pada Ahad lepas saya telah berkunjung ke pusara mak saya yang telah lama meninggalkan saya… tahun 1994 merupakan tahun yang tidak akan luput dari ingatan bila arwah mak pergi buat selamanya… masih boleh saya ingat kata-kata dan senyum mesranya… tidak pernah luput perasaan kasih sayangnya pada saya sewaktu saya kecil… sehingga kini masih saya merasakan kasih sayangnya itu… hingga waktu ini juga saya masih merasakan doanya yang sentiasa bersama saya…

Saya amat merinduinya… ingatan saya pasti terlayang padanya di hari konvokesyen, di waktu perkahwinan saya dan ketika saya menimang cahayamata yang pertama… Dengan adanya cahayamata saya makin mengerti akan kasih sayangnya itu… sebuah lautan tidak bertepi…

Ahhh… Sekarang saya boleh berhari raya dengan gembira kerana saya telah bersedih dengan mengingati peristiwa hitam tersebut.

Sempena hari raya ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap kepada semua yang mengenali saya samada jauh atau dekat… Seperti biasa jika anda ingin mengucapkan salam hari raya, sila gunakan khidmat pos.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin…

notakaki: entri ini ditulis tahun lepas... saja saya menampal bagi ingatan...

7 ulasan:

hajarss berkata...

itula pasal. rasa mcm pnah baca je sblm ni

Matrix01 berkata...

saya sedar entri saya sentiasa diingati di lubuk hati... hahaha...

Ami berkata...

Tak kisahlah entri lama ke baru. Mazuan, aku ni bujang. kamu pulak dah kawen. Jadi, ang pow aku mana?

Matrix01 berkata...

Ami,
penANGPOW mau?

rimanilzah berkata...

wan,
raya tahun ini abg balik kg gajah mungkin raya ke-15. kalau ada masa terluang datanglah ke semanggol.

LadyTiz berkata...

selamat hari raya.
jangan sedih2. :)

Super Nia Hana berkata...

watashi taknak ang pow
watashi nk det raya
:P