Jika ada perkara yang terkilan dalam diri saya mungkin disebabkan saya tidak mempotretkan wajah asal Batu 6, Jalan Klang Lama untuk diabadikan... Di situ adalah tempat saya membesar...
Jalan Klang Lama kini sudah berubah... dari jalan lama yang berlopak-lopak dan sempit... kini bertukar menjadi sebuah lebuhraya bertetingkat yang menghubungkan Sunway, Bangsar dan Kuala Lumpur... Warga Jalan Klang Lama kini juga harus berbangga kerana Mantan Menteri Kerjaraya tidak lupa meninggalkan hadiah tol paling mahal untuk Jalan Klang Lama... Suatu yang tak pernah diimpikan 10 tahun dahulu...
Ketika kecil... saya dan kawan-kawan terpaksa menempuh Jalan Klang Lama dari Batu 6 hingga ke Batu 5 1/2 untuk ke Sekolah Agama yang terletak di Jalan Puchong... terdapat deretan kedai lama di Batu 6 yang menjual pelbagai keperluan seperti kedai runcit, kedai jahit, kedai gambar dan fotostat... antara kedai-kedai tersebut terdapat sebuah kedai makanan cina...
Seringkali kami yang melintasi hadapan kedai tersebut melihat daging-daging yang bergantungan bersama itik-itik gantung yang kami andaikan sebagai daging babi... disebabkan perasaan bertanggungjawab kerna kononnya bersekolah agama maka pada kami adalah haram mencium bau apatah lagi memegang daging babi tersebut... disebabkan itu sebelum melintasi lot sebelah kedai menjual babi tersebut kami akan menahan napas... cuba kamu bayangkan budak 10 tahun berjalan menahan napas melintasi 3 lot kedai yang jauhnya sekurang-kurangnya 60 kaki...
Di kaki lima kedai tersebut juga ada menjual makanan yang berwarna putih dan lembut beserta kuah yang ketika itu saya namakan sebagai bubur babi... ada ketikanya saya lihat kuah yang diletakkan berwarna kemerah-merahan yang menguatkan tanggapan saya bahawa darah babi turut dicampurkan ke dalam resepi bubur babi tersebut...
Namun demikian.... bubur babi tersebut kelihatan sangat sedap pada pandangan saya... pengunjung yang memakan bubur babi tersebut memakan bubur tersebut dengan sungguh lazat... Sebagai budak sekolah agama dengan dasar keislaman yang menebal saya padamkan saja hasrat saya untuk merasa bubur babi yang nampak menyelerakan tersebut...
Lebih kurang tujuh tahun selepas itu ketika saya sudah pandai berjalan ke pasar malam bersama gadis-gadis yang cuba memikat saya barulah saya terlihat ada seorang Pakcik Melayu yang menjual bubur babi tersebut di pasar malam Kampung Pasir... Ketika itulah baru saya mengetahui nama sebenar bubur babi tersebut adalah taufufah... darah babi yang saya sangkakan tersebut sebenarnya adalah gula merah...
Saya telah membeli dan cuba memakannya... Tanggapan saya selama ini memang tepat!! Bubur babi...ehhh... taufufah tersebut adalah amat sedap... dan saya masih menggemari makanan tersebut hingga hari ini...

11 ulasan:
ahahaha
hii..bubur babi kata kamu
membuatkan watasi kembang tekak tahu
err..sedap kan?
aahahahah
hye adikku diatas!
huh!!
bgitu teliti aku mbace...
di penghujungnye...aku ttipu dgn cerita kamu sbg mana kamu turut ttipu...
hurmmm...lg sedap klu taufufa campur ngn soya...yum...yum...
hajarss
dah gila ke?
Hana
sedaaappppp.... <-- ikut ton iklan kfc kegemaran ami....
baby
saya tak tertipu... bubur babi cuma khayalan saya semasa kecil...
saya belum pernah lagi makan taufufah dengan soya... mungkin lain kali boleh dicuba...
tambahan
Pakcik penjual taufufah tu sampai sekarang masih baik dengan saya sekeluarga...
Jom makan yong tau fu. Mazuan bin Lin belanja!
ami,
susah nak jumpa yong tau fu yang sedap... kamu tahu di mana?
ko bengong!
a'ah..ms zaman sy skola dlu...
bli soya..campur ngn toufufah..besh...bli 30sen jek..tp sy panggil isi soya..hahaha
*jgn haramkn apa yg halal..=P
matrix!
tau fu fa yg sedap kt tempat watashiiii
ahahahaha
meg sini ramai2
ahahahah
faizal
pandai lagi baca blog rupanya...
wawa
pengharaman tanpa niat boleh dimaafkan...
hana
terima kasih kerana sudi membelanja...
aku mmg gemar mentelaah blog2... lebih2 lagi yg berunsurkan pantai, siang dan malam dan seumpanya...
Catat Ulasan