Tn Hj Nazir yang mengajar semasa saya di kampus dahulu cukup anti dengan tulisan khat... Kalau nak dikata tidak islamik Hj Nazir yang saya kenali adalah pensyarah yang cukup anti kerajaan dan sungguh kelihatan kePISannya...Di dalam setiap kuliahnya akan dimulakan dengan bacaan doa dan sejam dua yang pertama akan didahulukan dengan tazkirah yang berbentuk keagamaan dan sekali sekala terlanjur ke ceramah PIS pula... saya yang ketika itu amat menebal semangat membenci ameno (sebagai menunjukkan saya seorang mahasiswa pemprotes) amat gemar menghadiri kuliah-kuliah beliau...
Walaupun ceramah beliau tidaklah menjadikan saya seorang yang terlebih baik tapi sekurang-kurang sedikit menyedarkan saya.... Sekiranya ada pahala yang terbit dari ceramah beliau itu maka tuhan sahaja yang dapat membalas kepada beliau...
HN - Tulisan khat ni pada saya adalah tulisan jawi yang ditulis berbelit-belit supaya orang tak paham...
WBL - Kenapa pula Tn Haji?
HN - Pernah kamu sekali imbas dapat paham apa yang tulisan khat tu tulis?
WBL - Tak jugak... susah juga nak membacanya...
HN - Tu la silapnya... pernah lalu di Federal Highway?
WBL - Setiap hari...
HN - Kamu tak perasan yang tulisan KOTA DARUL EHSAN tu dieja jawi KULAT DARUL EHSAN? sebab nak terlalu khat la jadi begitu!
WBL - Huh??!!

Nota: Terima kasih ditujukan kepada kawan karib saya yang lagi satu kerna sudi melunaskan hasrat saya untuk mengambil foto-foto di atas...
7 ulasan:
Aku mesti akui satu perkara
Haji Nazir mempunyai penglihatan yang sangat baik. Sumpah aku tak pernah perasan.
Ketika dia bercerita tu satu kelas pun tak percaya lagi... petang tu saya lalu barulah perasan... masa tu dah hampir 3 tahun berulang-alik melalui tempat yang sama... tak perasan juga...
wah..salute sama hj nazir
ye la wanbinlin. baru pasan. tp, nape tajuk entri nama irma? ahaha
hana
ini merupakan satu penemuan terpenting abad ini... hahaha...
hajarss
Salah... sebenarnya saya berhajat untuk letak nama Amri... entri sebelum ini kamu tak perasan guna nama siapa?
irma??kompius??
amri??pehal lak ngn amri??
kompius lagik..huhuhu
Irma - Amri
Hapiras - Saripah
Tajuk tersebut tiada kena mengena dengan isu tersebut...
Catat Ulasan