Dewasanya seseorang itu di malaysia tidak bermakna sekiranya beliau tidak mendaftar untuk mengundi... saya mengatakan demikian kerana rakyat yang kononnya dewasa tersebut membenarkan orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak dirinya... keputusan bagi dipimpin oleh siapa tanpa mengira bendera parti yang mana adalah tanggungjawab seseorang yang mengaku rakyat yang sudah dewasa... bukan dewasa ingat mahu kawin dan beranak saja...
Untuk mentazkirahkan tentang parti yang mana mahu di pangkah itu bukan kerja saya... sudah lama saya meninggalkan bidang tersebut... kalau sudah namanya "kipas susah mati" bagi parti ameno atau bulan kalau dihempuk kepala mereka-mereka ke keras batu pun tak akan berubah...
Pada saya lebih baik saya menyuruh sahabat karib saya yang lagi satu memasak setanak nasi sambil berlauk ikan keli masak lemak cili padi dan sayur kailan goreng... selepas memasak kemudian curahkan saja ke longkang.... kerja membazir...
Lalu waktu yang ini juga kita akan berjumpa kedai-kedai kopi penuh dengan mereka yang berpartisan... semua handal mengenai hukum catur matematik politik... kopi cuma secawan tapi bicara lengkap dari hal dasar kerajaan hingga ke dasar belanjawan parti lawan... lalu ada masanya bersembur-semburlah serdak biskut dari mulut mereka demi mempertahankan apa yang kononnya hak... bila tiba waktu mengundi barulah perasan diri tak mendaftar lagi dan seorang lagi rupanya PATI...
Akhirnya hantu yang mengundi...
2 ulasan:
andakah hantu itu?
bukan. saya orang-orang.
Catat Ulasan