Selasa, 5 Februari 2008

58 - Koma

Saya sedang berusaha untuk tidak menulis lagi di sini... adalah menjadi cita-cita saya untuk menulis tanpa memaparkan kekacakan saya... bukan niat saya untuk menyombong diri atau yang sewaktu dengannya...

Adalah sukar untuk menulis sekiranya wajah saya terpampang disebelah tulisan saya... misal kata jika saya ingin memaki seseorang sepastinya ayat tersebut akan menjadi terlalu berhati-hati hingga kadangkala kelihatan seperti sedang memuji-muji pula... sekadar contoh; najib adalah seorang yang kacak atau hajar sudah kurus.... diulangi! sekadar contoh... najib sememangnya kacak dan hajar sememangnya... errrr... berbalik pada topik asal...

Sekiranya masih ada yang ingin membaca karutan yang dinukilkan (fuhh!) maka hantar sahaja mesej melalui pelbagai medium telekomunikasi yang ada meminta address blog yang baru tersebut... jangan anda merapu pula seperti filem Main-main Cinta arahan mamak yang itu... kalau mamak jahil ingin saya nyatakan telegram sudah tidak wujud lagi di dunia ini... Paling mudah tulis saja pada komen di bawah...

Emel saya di onemagic81@hotmail.com jika mahu lebih afdal... ya! dot com sahaja bukan dot com dot my.... aduh! itupun mahu diajar... manja benar kamu ini!

Tiada ulasan: