Kerja yang ada terpaksa di bawa balik ke rumah untuk disiapkan... malas pula nak berembun di ofis hingga ke pagi... menjelang jam 2 pagi baru kerja-kerja dapat disiapkan... Pintu diketuk... Ohh... sahabat karib saya dengan mata terpisat-pisat memegang adam yang sedang tersengih lebar persis kerang yang dibeli di pasar... huh!! tak mahu tidur lagi mamat ni walau jam melangkau ke angka 2 pagi...
Disebabkan adam tidak akan tidur selagi tidak didodoi maka saya membawa adam ke depan tv... baik menonton tv sambil meriba adam dari cuba tidur dan cuba untuk tidak risau adam akan mengemas rumah dan tanpa sengaja mencederakan dirinya sendiri...
Di kaca tv hans issac dan ella sedang bertepuk tampar dalam cereka filem Hanya Kawan... Aduh! bosan benar cerita ini... apa tidak ada kisah lain lagi yang boleh dijadikan filem?? berpusing-pusing kembali begitu juga cerita melayu...
Terlihat pada adam yang kini terlingkar di riba... ohhh... akhirnya dia tidur juga... saya lalu mengangkatnya menuju ke peraduan adam di bilik... Tetiba! Adam membuka matanya kembali dan terus bergelak ketawa seperti dia masih terjaga sepanjang masa... Argghhh!!! mata sudah mengantuk tapi nampak gayanya saya masih belum boleh tidur... sahabat karib saya; saya kira beliau sudah tiba di England berdasarkan lenanya itu...
Lalu saya bawa Adam ke depan tv kembali menyambung kembali lakonan Hans Issac dan Ella itu... itu sahaja lah yang terbaik buat masa ini selain dari menonton rancangan masakan... Adam kembali ke ribaan sambil mata ke kaca tv...
Hans Issac dan jojie sedang makan di mcdonald... ahhh... saya kenal McD ini... letaknya di jalan telawi berdekatan tempat kerja saya sekarang...
Saya melihat Adam sekali... dia terlena kembali... Gila bosan benar cerita ini!!! sampai adam pun boleh tertidur dua kali!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan