Saya amat faham jika budak-budak yang baru setahun dua bersunat begitu beria-ria dengan telefon bimbit baru yang serba canggih...tapi jika yang terkinja-kinja itu adalah yang sudah mencapai taraf datuk (datuk ini marhumnya datuk bercucu) maka saya berasa amat malu sekali...
Saya cukup sedar budaya menukar telefon bimbit kamu saban hari yang tidak mahu kalah itu adalah hak kamu... tetapi mencabul kehormatan telinga saya dengan melacurkan telefon bimbit canggih kamu yang pelbagai rupa itu amat saya tidak senangi... almaklum saya cuma memakai jenama cokia yang murah lagi tidak canggih rupanya... itu pun dibeli setelah telefon bimbit bertivi hitam putih saya yang lalu lebur dicuri orang... saya sangat sayangkan telefon itu... banyak nostalgianya... mahal pula ketika saya membeli opsss.... terlajak ke situ pula...
Mudah kata... halakan sahaja telefon kamu itu ke saku jika tidak berdering atau bukan kamu yang ingin membuat panggilan... ohhh... lupa saya telefon bimbit kamu yang mahal serba canggih itu sering pula habis kredit panggilannya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan