Isnin, 5 November 2007

45 - Lebur

i.

Dewasa ini begitu ramai saya ketemu dengan muslim-muslim yang tidak ambil pusing dari mana punca rezeki yang dimakan mereka tiap hari...tidak mengambil tahu tersebut bermakna mereka secara kamikaze akan melakukan apa saja cara demi wang...

Kadang-kala yang lebih malang bila mereka sebenarnya berhempas pulas menipu di sebelah sana dan sebelah sini demi makan gaji dengan syarikat kesayangan mereka yang dimiliki oleh Yap Kah Weng... Yap Kah Weng takkan disoal di akhirat besok... kamu pula pasti dijatuhkan hukuman mandatori... takut pula nanti kamu terpaksa memikul tiap sen duit rakyat yang kamu songlap demi tuan kamu itu...

Kembali semula kepada fitrah yang telah ditetapkan... ketika itu takkan ada orang yang dianggap miskin kerana tidak ada siaran tv berbayar di rumahnya.

Jika kamu masih ingin kaya cepat dengan cara haram... saya punya tip untuk kamu... ternak sahaja babi... dengar ceritanya makanan lebihan penuntut kolej perindu uitm dihantar pada penternak babi untuk diberi makan... nah! senang bukan... cukup bulan kamu sembelih saja... opsss... babi tidak perlu disembelih bagi menjadikannya halal....


ii.

"Semua pihak menyalahkan kementerian dan saya jika harga tol nayek... saya tidak boleh berbuat apa jika harga mahu naik... itu konsesi suda cakap... jangan kutuk saya dan keluarga saya jika tol nayek... saya kemaluan besar... di mana harus saya mengadu???"


iii.

Saya terdengar khabar bahawa kerajaan memerintah telah melakukan banyak perobohan rumah-rumah ibadat... ini telah mendatang kemarahan kepada menteri yang berkemaluan besar di mana rumah ibadatnya juga telah dirobohkan... menteri yang berkemaluan besar itu telah sendiri melawat tempat berkenaan dan memerintahkan agar dibina rumah ibadat yang baru bagi penduduk tersebut dan meneriakkan di kabinet agar tidak merobohkan lagi rumah ibadat kaumnya...

Menteri yang mencium keris tak komen apa-apa bila rumah ibadat bulan dan bintangnya dirobohkan di sana sini dan ini menjadikan saya yang melayu sangat malu dengan menteri berkemaluan besar tersebut...

Dalam beberapa bahagian, babi dan rumah ibadat menteri berkemaluan besar tersebut lebih bernasib baik baik kerana boleh dipindah-randahkan...

Tiada ulasan: