Rabu, 8 Ogos 2007

42 - Kaca

Di satu malam... Di satu forum...

Memaksa fahaman kita pada sesuatu disiplin itu kepada org lain bukanlah satu tindakan yang bijak... perkara ilmu adalah sesuatu yang boleh kita explore dan kembangkan mengikut cabang fikiran masing-masing kerana ilmu itu bukan lubang jamban... tapi bukan boleh kita langgar sahaja... perlu ada satu pegangan yang kita pegang dan jika ada teguran yang baik sila fikirkan bersama...

Sejak charles darwin mula merepek pasal teori revolusi selepas itu lahir pula puak darwinis yang menyambung kajian monyet itu... adakah saya perlu tukulkan pada fikiran saya bahawa setiap benda yang manusia lakukan kajian itu saya harus setuju???

Tidak perlu mengatakan bahawa kita semua berforum di sini tanpa perasaan bangga diri jika diri mendabik dada pernah menjadi 'pemain dram' kepada permaisuri lebah... sambil sebelum itu mengatakan kalau bukan sebab sipolan bin sipolan aku takkan jejak kaki ke sini walau dipujuk... aduh... kalau bukan bangga diri apa yang boleh saya namakan tindakan itu...

Berteriak bahawa kita sudah berdebat dengan banyak jaguh tapi menyepi diri hanya kerana dua tiga post yang dihantar oleh budak tak pandai tidak mencerminkan apa yang kita warwarkan itu...

Akibat dari tindakan tidak boleh ditegur dan "mula-mula kata kita boleh berforum secara sihat tapi kemudian akulah yang betul semua" yang menyebabkan orang yang punya pandangan dari sudut berbeza merasakan biarlah aku bawa apa yang aku tahu ke lubang kubur...

Saya juga akan menyokong En Yongku sebagai forumer yang baik dan bersifat terbuka kalau dia sentiasa bersetuju dengan apa yang saya kata... tapi secara peribadi saya merasakan forumer yang baik adalah yang boleh mencari baik buruknya pendapat forumer yang lain dan mencadangkan ideanya bagi membaiki lagi satu perbincangan itu... kalau cuma nak tahu pendapat bersetuju sahaja baik saya tutup internet dan buka akhbar baca Utusan Malaysia ruangan politik...

Saya gemar membaca tulisan En. Rainbowstar dan Sinful... pandangan mereka mmg sungguh berbeza... saya turut mendapat ilmu dan saya tapis juga apa yang saya baca dengan cetek ilmu yang saya ada... saya berharap teman yang lain juga begitu... cuma saya harapkan supaya jgn lah ada dialog "AKU BUKAN NAK CAKAP BESAR LA KAN... TAPI MMG NAK CAKAP BESAR PON..." tak lalu saya nak buka thread ini di lain kali...

Akhir kata... saya ada projek RM500mil di Precint 5, Putrajaya yang perlu saya kerjakan (hahaha... terbelagak la pulak)..errr... serious!!! saya mmg tak boleh lama... saya petik kata-kata guru saya ketika kami membincangkan tajuk WUJUD... katanya ahli feqah dan ahli tarekat tak akan berfikiran sama kerana lain disiplinnya... org fekah takkan faham apa yang org tarekat rasakan... ibarat bertanya tentang durian pada org yang bau durian dan org yg makan durian... orang yang bau sahaja akan katakan durian itu berbau busuk... durinya tajam... tapi kalau ditanya org yang makan durian akan dikatanya... ISI DURIAN LA SEDAP!!! tak ada yang salah kedua-duanya betul...

Ohhh!!! sebelum saya terlupa... saya juga turut terlibat sebagai konsultan dalam pembinaan KLIA... En. Rainbowstar kenal PNFL ke?

Tiada ulasan: