Kini sudah hampir setahun Blog ini dibuat... walaupun jarang-jarang saya menekankan jari ke sini tapi kalau dikira-kira banyak juga yang dah diluahkan di sini... catatan pertama saya di blog ini saya tulis sejurus selepas kembali dari kampung pada hari raya tahun lepas...
Meniti kembali perjalanan itu... banyak yang telah berubah dari 365 hari yang lalu... kini saya telah hidup berdua bersama isteri tersayang... InsyaAllah pada Aidilfitri tahun mendatang kami akan bertiga pula... tanggungjawab makin berat dan mendewasakan keadaan...
Di hari raya yang bakal menjelang ini... terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan saya Najib kerana sudi menghantar emel ucapan hari raya walau berada jauh di Dublin, Ireland...
Sebelum saya berpergi-pergian (sungguh sastera saya) selama seminggu di kampung halaman.... Di kesempatan yang ada ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri saya... sekiranya ada salah dan silap maka terbukti bahawa saya cuma manusia biasa... dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh manusia biasa ini selain dari menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf...
SALAM AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan