Tiap kali aku melangkah masuk ke LRT sejak 3 tahun yang lepas aku gemar melihat kepada telatah manusia di dalam gerabak itu... antara kegiatan yg suka aku buat adalah menonton bahan bacaan orang ramai dalam menunggu tiba ke destinasi...
Adalah sungguh mendukacitakan... peratusan org melayu yang membaca memang ramai.... walaupun tak boleh mengalahkan bilangan mereka yang membuta tapi jumlahnya boleh dibanggakan dan diulangi JUMLAH yang boleh dibanggakan... sayangnya bukan kuantiti yang nak dilihat di sini tapi kualiti... kebanyakkan makcik-makcik dan kakak-kakak lebih gemar dihayun oleh mimpi dari tulisan Alhadiat Akasyah, Lyana Alfira Malik dan lain-lain lagilah penulis-penulis novel chenta yg tersohor di malaysia ni... maaf jika tersalah eja nama2 mereka... dan maaf juga jika tulisan ini kelihatan memandang rendah karya mereka... tapi mmg sukar nak melihat org kita membaca bahan-bahan sebagaimana yg dibaca oleh org lain...
Setakat ni dalam TIGA tahun... belum lagi aku terjumpa mereka-mereka itu membaca buku-buku ilmiah sebagai contoh:
1. Jutawan dari Planet Jupiter(Azizi ALi)
2. Membina Imaginasi Cemerlang(HM tuah)
3. 10 kriteria mendidik anak(fadzilah kamsah)
4. Evolution deceit (Harun Yahya)
5. Rich Dad Poor Dad (Robert Kiyosaki) dan lain-lain.
Nasib baik juga ada kakak-kakak yang penah kujumpa baca buku keagamaan dan surah-surah pilihan... Tak tahu la pulak aku kalau2 aku tak bernasib baik dan tak sempat nak terserempak dengan umat melayu yg membaca buku-buku tersebut... org yang aku pernah jumpa baca buku "Runtuhnya Teori Darwinisme" adalah seorang dan dia adalah bernama Mazuan... ehem! ehem!...
Baru semalam dalam perjalanan ke bangsar ada seorang perempuan india yang sedang bermain Sudoku sambil duduk di dalam tren... sebelah kanan tangannya memegang buku Sudoku dan tangan kiri memegang pensel... dan aku terus terfikir "why our people can't do that?" lalu terus memaksa aku untuk mengadap blog ini sekali lagi di hari ini... bukanlah niat aku nak menimbulkan sebuah polemik dalam menilai apa yang patut dan apa yang tak patut dibaca oleh orang ramai dalam negara demokrasi tercinta ini... akan tetapi kita sudah seharusnya memikirkan bahan-bahan baru yang boleh dijadikan resepi bagi makanan fikiran kita... lepaskan diri dari belenggu angan-angan kosong... manusia masih boleh bercinta mahupun tanpa buku cinta... masih terlalu banyak misteri di dunia ini yang perlu diungkai dan semuanya tersirat di dalam buku-buku ilmiah yang menanti untuk kita membongkarnya...
Politik dan percaturan dunia hari ini begitu menakutkan... Ekonomi kita dicengkam... agama kita dipijak-pijak... ilmu bukan sekadar di sekolah... ilmu berada di mana-mana dan semuanya terletak di tangan kita....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan