Khamis, 9 Februari 2006

7 - Karikatur Rasulullah SAW satu penghinaan

Sepatutnya dah lama aku menulis BLOG tentang hal ini... tapi banyak masa yang terluang dicuri oleh beban kerja yang makin banyak walaupun nilai gaji rasa makin sikit... sebenarnya karikatur ni aku dah pernah tengok sekitar akhir tahun lepas dalam bulan november... baru sekarang ni saja hal ini jadi satu isu sejagat selepas akhbar-akhbar di eropah mengulang tayang karikatur itu sekali lagi beberapa bulan selepas Denmark Laknatullah memulakannya...

Patutla aku rasa macam pernah tengok aje karikatur tu... masa tu rasa panas membuak-buak jugak... kira sekarang ni rasa lagi marah lagi la sebab presiden Denmark menyokong pulak perbuatan tu atas dasar kebebasan akhbar dan freedom to speak... Bush Laktullah pon bagi sokongan jugak...aku kira presiden denmark ni bersama konco-konconya yang bahalul tu perlu didatangkan ke Malaysia secara aman... kita bagi layanan yang secukupnya... lepas tu kita letakkan mereka dekat tengah-tengah Dataran Merdeka dan suruh rakyat Malaysia maki, carut, farkyiew dia ramai-ramai... pastu baru bagi dia komen pasal freedom of speech...

Sungguh kasar bunyinya... tapi sebagai masyarakat bertamadun... takkan kita pon nak buat begitu... beberapa org kawan pernah keluarkan cadangan untuk org islam pulak keluarkan karikatur jesus dalam bentuk yang sama… aku sama sekali tak bersetuju… pada aku perbuatan Jyland Posten menyiarkan karikatur tu adalah perbuatan bodoh, bangang dan bebal… tak payah la kita pon ikut sama kebebalan itu…

Apa yang kita boleh buat adalah memboikot barangan yang dibuat di denmark… cara untuk kenal adalah seperti baca bar code Negara bermula dengan no 57… atau pun baca saja tulisan Made in Debmark… campak la jauh-jauh… barang paling popular keluaran Denmark ni adalah Permainan Lego…

Sesungguhnya kejadian ini ada hikmahnya… ini menunjukkan umat Islam juga boleh bersatu dan itu baru usaha memboikot saja… belum lagi Jihat Fisabillilah….

Note: Kenapa Malaysia tak nak boikot barang Denmark secara rasmi???

Tiada ulasan: