Siapa yang tak kenal P. Ramlee dalam Malaysia dan Singapura ni... sapa saja yang lahir di sini mesti akan kenal dengan nama tu... Filem2 lakonannya memang first klass... itu pon ada jugak lecturer kat U aku dulu kata dia tak nampak apa yang bagusnya P. Ramlee ni... Disebabkan semalam aku baru je tengok cerita 3 Abdul maka terpikir pulak aku nak menulis pasal P. Ramlee... yang nak diceritakan bukanla riwayat hidup dia... tapi aku memikirkan watak yang dia bawa... kalau diperhatikan sebenarnya watak Hero yang dibawa oleh P. Ramlee sebenarnya punya watak Antagonis yang terlindung disebalik keheroan P. Ramlee itu.... antara contoh yang boleh aku bagi macam berikut:
Antara Dua darjat... Hero yang ada dalam filem tu Perampas Isteri Orang
Abu Hasan Penchuri... dengar nama dah tau
Anakku Sazali... bawa lari Anak dara Orang
Madu Tiga... Hero kaki perempuan dengan kaki tipu Bini
Masam2 Manis... Cikgu kaki night club sampai tertido dalam kelas
Seniman Bujang Lapok... kaki pau duit perempuan/kaki intai
DoReMi... Kaki Judi sampai kena halau dengan bini
Ragam P. Ramlee... Kaki Judi Jugak
3 Abdul... Hero songlap harta Pak Mertua
Personally... walaupun ada antara filem-filem tu bukan diarahkan oleh P. Ramlee... He's still the best... who can resist his film... Kualiti yang ada pada P. Ramlee sukar nak didapati sekarang... Kualiti yang ada pada dia menyebabkan orang lain yang berlakon disekitarnya juga nampak bagus... jadi bukanla satu perkara yang menghairankan bila P. Ramlee digelar Lagenda....
note: kau lah satu2 nya diantara berjuta insan teristimewa... patah tak tumbuh lagi... hilang tidak berhanti... kerana kau tersendiri... kau kebanggaan kita... kau budayawan bangsa... kau lagenda... ~ Lagenda by Sheila Majid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan